Template Sampul Raya
Template Kosong Untuk Reka Sampul Duit Raya Beserta Panduan Cara Guna
Template Sampul Duit Raya Free
Download percuma template sampul duit raya PDF, PSD, Ai, CDR & Canva untuk anda design sampul duit raya sendiri. Template sampul raya menegak 154mm x 79.5mm, melintang 79.5mm x 154mm
Table of Contents
ToggleStandard size
Template sampul raya standard. Boleh masuk semua size duit kertas RM tanpa lipat
Menegak Dan Melintang
Template sampul melintang dan menegak. Potrait & Landscape
PDF & Vector
Template sampul raya vector, psd boleh design menggunakan Adobe Ilustrator dan Photoshop
Aplikasi Untuk Buka Template Design
Template sampul duit raya yang kami kongsikan boleh dibuka mengunakan perisian Adobe Ilustrator untuk fail Vector & Pdf. Kami sediakan fail PSD jika anda nak design menggunakan Adobe Photoshop. Fail CDR & CorelDraw.
Panduan Artwork & Cara Guna Template
Panduan cara menyediakan artwork untuk proses pencetakan supaya hasil cetakan berkualiti dan cantik
Font
Disebabkan font yang anda guna semasa membuat design tiada di komputer kami, ia akan mengakibatkan masalah missing font. Boleh ikuti langkah dibawah
Adobe Ilustrator: Create Outline semua font untuk mengelakkan missing font.
Adobe Photoshop: Tetapkan resolusi kepada atau melebihi 300 dpi dan Rasterize Type sebelum anda menyimpan sebagai format fail PDF.
Font size
Minimum size font 5 pts. Elakkan menggunakan font terlalu nipis (thin font) supaya cetakan font pada sampul lebih jelas dan tidak kabur.
1. Pastikan semua imej berada dalam mod warna CMYK
2. Pastikan resolusi semua imej anda ditetapkan kepada atau melebihi 300 dpi untuk mengelakkan gambar/background yang ada pada sampul raya kabur dan berpiksel
Full Bleed
Lebarkan dan panjangkan background design anda ke garisan hijau ini atau melebihi garisan pada semua sisi.
Trim Size
Line merah ini kawasan sampul raya akan dipotong. Apa-apa element design yang tertinggal luar garisan ini akan dipotong.
Safe Zone
Semua content penting seperti gambar, perkataan, logo mestilah disimpan di dalam garisan ini.
Dotted Lines …….
Garisan pemisah bahagian belakang, depan sampul raya dan juga penutup atas dan penutup bawah sampul jika anda nak buat warna berbeza.