Cara Buat Tempahan

1. Semak Harga Sampul

Senarai harga boleh disemak di halaman senarai harga. Tetapkan kuantiti dan material sampul raya yang anda ingin tempah. Hubungi kami untuk lain-lain kuantiti.

2. Sebutharga & Invoice

Kami akan keluarkan sebutharga rasmi mengikut kuantiti tempahan. Jika anda bersetuju, kami akan keluarkan invoice untuk pembayaran sampul raya.

3. Hantar Artwork (Own Design)

Jika anda menggunakan design sampul raya sendiri, boleh hantar artwork melalui email atau WhatsApp. Kami akan semak sebelum proses printing.

4. Preview Artwork (Design Di Katalog)

Bagi yang memilih menggunakan design free di katalog, sila beri kod design berserta info yang ingin diletakkan untuk kami buat preview sampul raya.

5. Proses Printing

Setelah confirmation artwork, kami jalankan proses printing (12-13 hari bekerja). Tiada Urgent Order. Sila rancang tempahan anda.

6. Free Delivery (West Malaysia)

Penghantaran percuma ke seluruh semenanjung Malaysia. Area Bangi-Kajang boleh pilih collect sendiri, pos, atau COD.